Isnin, 30 April 2018

PULAU PINANG, Bee Hwa Cafe, Georgetown.

Curry Mee & Char Koay Teow is a must.

Rabu, 25 April 2018

SABAH, Rumah Terbalik, Pekan Nabalu, & Wak Ali chicken wing. - PART 1


Assalamualaikum everyone....last week kakak ada trip #jalanjalancarimakan dengan kawan-kawan office lama kakak. Trip ke Sabah Negeri di bawah Bayu. 8 bulan kami dok menghitung hari mengira detik nak pergi Sabah ni. Masa kami beli tiket tu kalau tak salah kakak harga dia dalam RM220 macam tu return. Rasa macam murah terus grab tiket. So, on 19th April lepas, kami pun mulakan journey yang sangat-sangatla kami tunggu itu. Group #kadangkadangjalan ni seramai 10 orang, 8 orang dari penang, and lagi 2 orang direct dari KL.

Our Flight yang dari penang ni boarding pukul 9.30 pagi. Tapi Penang kan sangatlah jem, tambahan pula bridge tengah buat kerja-kerja pembaikan. So kami ni dah plan pukul 6.15 macam tu keluar rumah and sampai airport awal. Biar sampai awal takpe dari sampai lambat terlepas flight. Rugi penantian 8 bulan ittew. Hahaha.. So, keras la kami 8 orang tunggu sampai boarding time tu.. jadinya menunggu la kami kat kawasan Mc'donald dekat airport tu. Sambil ber'selfie' , ber'wefie' dan yang sewaktu dengannya.

Boarding from Penang  Airport,(9.30am).Arrived in Kota Kinabalu Airport (12.30pm). Jumpa driver kami yang akan bawa kami pusing-pusing selama 4 hari di Sabah, Daud nama nya, disebabkan kami semua dah makan atas flight, so kami teruskan perjalanan ke Kundasang. 1st pit Stop, kami singgah di Rumah Terbalik sebelum teruskan perjalanan. Dan kami sampai di kawasan Kundasang lebih kurang pukul 6.30 pm macam tu. Tapi sebelum tu kami sempat singgah ambil gambar dengan latar belakang Gunung Kinabalu yang sangatlah cantiknya dan shopping sikit beli ole-ole dekat Pekan Nabalu Market. Then sampai Kundasang kami singgah makan dekat 'Honey Chicken Wing Wak Ali sebelum kami check in hotel kami.

Jom, kakak share gambar-gambar untuk hari 1st ,Trip Penang - Sabah ni ok.


Boarding Pass



View dari ketinggian berapa tah 😂. Tapi Subhanallah sangat cantik kalau tengok dengan mata sendiri.



Menu kakak on board.



Chicken Lasagne



Menu partner, Nasi Lemak.



Tengok buku menu then terpedaya, order la red velvet ni, sangat sedap. Maybe sebab makan in the sky kan. lain macam sedap dia..Hahaha



1st Pit Stop, Rumah Terbalik



Entrance masuk rumah Terbalik



 

View dalam market pekan Nabalu. Pit Stop wajib for shopping.



Semua yang melambangkan Sabah korang boleh jumpa dekat sini. In shaa Allah.

Pekan Nabalu Market


Mount Kinabalu View with our driver, Daud.



Sign Wak Ali Honey Chicken, incase korang cari tapi tak jumpa.



Harga makanan di Wak Ali Honey Chicken


Wak Ali, Honey Chicken Wings,Pekan Kundasang, 89308 Ranau, Sabah, Malaysia




Ini sedikit-sebanyak perjalanan kakak dan kawan-kawan untuk hari 1st. Nanti kakak share lagi untuk hari-hari seterusnya ye. Semoga membantu. Till next time sumorang, 💕

Selasa, 17 April 2018

Sunday Funday

Assalamualaikum,

Lepas penat dengan aktiviti futsal, konon-konon nak rehatla. Tapi sejenis tak suka duduk rumah sangat kot. So, kita #jalanjalancarimakan lah ye 😆

Johnny Restaurant Queensbay

FUTSAL BELIA INFINITI 2018, Berfutsal Sambil Beramal

Assalamualaikum everyone, weekend buat apa ja tu? Sister this weekend sangatla pack jadualnya. Hari Sabtu 14 April 2018, telah berlansungnya Futsal Tournament bagi I.Y.A yang Dirasmikan oleh YB. DR. AFIF BIN BAHARDIN ( EXCO PERMATANG PAUH). Pendaftaran bermula pada pukul 8 pagi, dan acara ini berlansung sekitar 9 pagi sehingga tamat, pada pukul 5 petang.







So, aku sebagai salah seorang AJK agak busy la sikit, starting dari 2 minggu sebelum cari medal trophy semua, tp at last orang lain siapkan sebab busy keja. 😅. Jumaat malam before futsal kena ada dekat court untuk cabut undi kumpulan, then pagi sabtu seawal pukul 7 pagi dah kena ada dekat Safira Sport Planet, Seberang Jaya. Futsal ni akivit I.Y.A untuk kali ke tiga berturut-turut. Mostly player dari seluruh kawasan Pulau Pinang have been join. Tapi this year meluas sikit jajahan futsal tu sebab Team dari Kedah and Terengganu pun ada. Jom sister share sikit antara team yang berhempas pulas di gelanggang futsal pada hari tersebut.












































 Bila ada perlawanan mestilah ada pemenangnya kan? So, kita share sikit gambar-gambar pemenang kita.

HARIA FC 5
KFJM DFZ A
KFJM DFZ B

Kalau ada event mesti ada AJK bertugas kan? Meh sister share ahli-ahli yang berhempas pulas mengerah tenaga sehingga event ni berjaya dilakukan.


Ahli I.Y.A bersama salah seorang sponsor bagi Event Futsal I.Y.A , Abu Bakar Sidekh bin Zainul Abidin
A big Thank to all who participated in making this event a success. Tq to all players sebab support The I.Y.A untuk dana kebajikan kami, semoga untuk tahun-tahun mendatang, lebih ramai pemain dari seluruh Malaysia come and join us to support our charity event macam ni. Marilah kita #berfutsalsambilberamal. TQ everyone.

Tq for reading 💕