Assalamualaikum. Weekend lepas pegi mana ja tu? Memandangkan Penang ada extra sehari cuti untuk minggu lepas. Aku ni pun menggedik la plan nak hunting food dekat Hatyai. Sebabnya lama gila aku tak balik kampung kedua aku ni. Eh eh eh.
yaya acah acah traveler. |
Aku pegi naik Train ja. Penang kan dah mudah sekarang ni. Naik komuter dari Butterworth, turun Padang Besar, Pastu naik train pegi Hatyai pulak. Ni kalau nak mudah la, tapi penat jugak nak tunggu train tu. Haha. Tapi ada ja orang naik van, cuma aku malas nak bersusah-susah. Tapi kalau ampa semua yang sejenis boleh tahan sabaq tunggu je la train. Cumanya masa depart dia cuma ada 2, Pagi pukul 9.00 (waktu Thailand) dan Pukul 3.40 (waktu Thailand). But then still mudah la, hang tak yah berebut dekat border yang manusia dia confirm-confirm la bersemut. Tapi manusia yang naik train pun bersemut jugak, tapi dalam 30% ja tahap bersemut dia.
Ni tempat beli tiket train ke Hatyai. |
Berbalik dekat cerita aku, Aku naik train dari Butterworth pagi pkl 9.25 macam tu sebab aku nak singgah Anak Bukit ada keja sikit. Ampa bajet la time ampa nak sampai dekat-dekat dengan train nak depart. Sebab aku pilih nak naik train petang, so aku bajet nak sampai Padang Besar dalam pukul 2.30 macam tu. Kira sempat la kaunter tiket train ke Hatyai tu bukak balik time tengahhari tu.
Aku ingat aku pegi hari Ahad tu, tak ramai la orang kan? Meleset la pemikiran aku tu sebab masa ETS dari Kuala Lumpur sampai, ramai Orang ok. Mostly hari tu Group pakcik makcik yang pencen yang nak habiskan hari-hari tua dorang dengan tour satu dunia. Hikhik.. tu aku agak ja tu.. jangan percaya pulak.
Target aku ni sebab teringin nak makan "Miang Pla" ja. Tapi bukan rezeki aku kot. Aku salah kedai, nama kedai sama tapi lokasi dia lain-lain. Tapi aku ok ja, sebab nanti boleh pegi lagi. Jarangla aku menyesal kalau travel tak dapat fulfill apa aku nak masa mula-mula plan nak travel tu, bila jadi gitu, peluang aku nak repeat pegi balik tempat tu sangat tinggi. Haha.
Ni la menda alah "Miang pla" tu. - sumber google. |
Sebab ni kali keberapa kali ntah aku sampai, aku decide nak pegi tempat yang aku tak pernah pegi. Dan memandangkan aku pegi naik public transport and bukan drive macam selalu, aku target nak pegi hunting makanan 2 tempat je. Satu dekat "Greenway Night Market" n satu lai dekat "Kai Tod Decha". Eh jangan dilupa 7-11 thailand. Punca kepada pengurangan duit jugak ni kalau singgah sini. Hahaha.
Benda 1st masuk 7-11 |
Matcha Honeycomb |
macam Cha Bang Ang yg tengah viral sekarang tapi flavour milk tea. |
Flavour Susu lepastu ada Puding. |
Dorayaki Thailand. rasa creamy almond. |
kalau Malaysia dia Brand Tasto flavour apa aku tatau sebab tulis thailand. |
Ni aku tau , " Curry Crab Flavour" |
Kopi Viral, flavour aku paling suka, Caramel. |
Susu Viral flavour feveret aku. |
Lip Ink, motif beli sebab cute. |
Motif beli seperti diatas. |
Hasil aku geledah beli sebab packaging comel ja weyh. Membazir amalan Saiton. |
Greenway Night market.
Dia macam Asean Bazaar Night market tu ja pun. Lokasi dia pun depan sikit ja dari Asean Night Bazaar tu. Tapi sistem dia lagi A++ la. Nak beli makanan bayar guna cash card. Kalau ampa Tourist kalau topup THB 100 dapat extra THB 20, tapi dengan syarat tunjuk passport. tapi aku sejenis tak menyabaq, masa nak redeem balik ballance duit dalam card tu baru terperasan. Jangan jadi macam aku, sia-sia ja rugi THB 40. Boleh beli ayaq segelas ok.
Greenway Night Market |
Baju ala ala street fasion gitew. Kedai pun tersusun dan kemas. |
Food Station Pandangan sisi |
Food Station Pandangan Hadapan. |
Strawberry Yougurt Two Tones. Sila order kalau pegi sebab sedap. |
Nasi Khao Mok. Rasa biasa biasa mungkin sebab aku penah makan lagi sedap masa dekat Phuket. |
Koat Teow Sup Daging sedap Marbeles. |
Ni menu dinner aku. |
Sila baca sebelum membuat apa apa keputusan. Jangan jadi seperti saya. R.U.G.I. |
Kai Tod Decha
Tempat ni dah lama orang viralkan. Aku ja tak pernah rasa nak pegi. Target aku pegi kedai ni sebab nak makan "Miang Pla" tu la, tapi bukan rezeki aku. Nama kedai sama, tapi yang ada menu tu dekat area Airport. Aku dah duduk dah order ayaq dah pun, nak tukaq kedai pun malas. Pastu aku pulak dah lapaq sangat. Hahaha. Kat sini aku order Pulut Ayam dengan udang Grill, tapi sumpah sedap menu dia. Berbaloi la walaupun pricey. Sebab aku gedik pilih menu udang. Memangla mahal. Hehehe. Tapi dengan rasa sedap dia tu aku rasa berbaloi harga yang ampa bayaq tu. Aku ni sejenis suka makan, so aku tak kisah banyak habis duit dekat makanan asalkan makanan tu menepati selera aku. Sebab tu kalau orang tanya aku berapa bajet nak pegi satu-satu tempat aku xboleh nak agak. Sebab aku setiap kali travel pun memang habis duit banyak sebab aku suka explore makanan. So bajet orang tu berbeza ikut kehendak diri masing-masing.
Kai Tod Decha' |
Pintu Masuk |
Teh Ais |
Green Tea Ais |
Pulut Ayam dengan Udang Gril sedap buat nak repeat lagi. Pulut ayam dia sedap dari sebelum sebelum ni yang aku penah cuba. |
Bil dekat kai Tod Decha. |
Trip Jalan-jalan cari makan Hatyai aku ni stop dekat sini dulu la ye. Lagi pulak aku tak pegi banyak tempat pun. Sampai pun dah lambat, pastu aku plan nak balik pun awal sebab nak naik train, (pukul 2.40 waktu Thailand). So, JJCM aku cukup sekadar tu je la. Tapi nanti aku sure punya aku pegi lagi. Sebab tak jauh mana pun. Haha.. Orang Utara kan memang la tak jauh. Kalau aku duduk Selatan aku cakap tak jauh mau aku kena maki bertubi-tubi. Sebab post aku tak membantu lansung. Hehe
Ni aku share itinerary aku dekat sana,
Tukar duit dekat Hatyai THB 1500 - RM 206 (nilai yg aku tulis dlm THB tu semua aku guna duit yang aku tukar plus ada ballance THB 140)
Butterworth - anak bukit RM 12.20
makan RM 12.50
anak bukit - pdg besar RM 8.40
mineral RM 2.50
pdg besar-hatyai RM 14
simcard RM 25
Hotel RM 60.87 (guna big pay)
7-11 RM 86.73 (guna big pay)
Tuktuk THB 100
Grab THB 90
Sup THB 50
Mineral THB 10
Strawberry two tone with whipped cream THB 64
Nasi khomok THB 60
Grab balik THB 80
Tuktuk - kai tod decha THB 60
Makan kai tod decha THB 605
Buah THB 60
Grab THB 90
Train THB 100
Mineral RM 4
Train Balik Pdg besar - Butterworth RM 20 (skali kwn aku)
TOTAL = tukar duit RM 206 + 223.20
= RM 429.20 / 2 pax (sorang dalam RM 214.60)
**Boleh jimat lagi dekat makan dengan 7-11, tapi aku memang pegi sebab nak hunting makanan.😀
Till next time sumorang. TQ for reading 💕
Tiada ulasan:
Catat Ulasan