Isnin, 22 Julai 2019

Bukit Bendera, Pulau Pinang.

Assalamualaikum, hai sumorang. Cuti buat apa ja tu. Aku rasa this week aku rasa cuti aku dgn partner terisi dengan jayanya. Dari start jumaat lagi kami dah isi masa cuti kami tu. Hahaha.

Jumaat tunggu partner balik kerja, lepastu malam pergi IKEA sebab nak curik idea deco sikit. Kami start masuk Ikea pukul 8 malam, pusing dari satu area ke satu area. Focus dekat kawasan bilik dengan kawasan dapur paling lama. Hahaha. Sampai la kami dengar dorang announce kata IKEA nak tutup lagi 15 minit. Hahaha. Gigih tak kami sampai macam tu sekali.

Hari Sabtu ni lagi la hectic, pagi bangun, siap breakfast. Pukul 10 keluar rumah. Sebab harini dah plan nak pegi cari kain untuk kenduri abang and kakak partner bulan 12 nanti. Pukul 11.30 pergi kamdar, pusing kamdar, jumpa kain yang kitorang nak tapi mahal kemain. Nak buat baju pun pakai sekali je nanti masa kenduri.😅 Atlast kain songket yang kami bekenan sangat tu beli jugak tapi untuk jadikan kain sampin partner dengan anak buah. Dapat pun tak banyak, 2.5 meter ja. Kalau kami berkisah nak beli jugak mesti menyesal sebab kain tu ada banyak tu ja. Haha. Last-last beli kain dekat Alkaria ja, kain ni mak dgn ngah yang pilih. Aku ikut je, tapi sebenarnya bukan taste aku sbb bling2 sangat. And aku keep repeat, nnt kita tak over shadow pengantin ke? Hahaha.. Tapi mak suka kain tu, and mak belanja kain nya..so aku on ajelah.😂.Beli kain ni, dari pukul 11 lebih gitu, sampai dekat pukul 2 lebih. Dasyat betul lamanya.. Hahaha.. Aku selalu beli baju siap je.

IKEA BATU KAWAN


Hari sabtu ni pergi IKEA lagi, sebab adik cakap nak makan meatball. Lepas habis beli kain terus pegi Ikea sebab semua orang dah lapar. Nasibla hari tu kat kwsn makan-makan ni tak ramai macam masa mula bukak dulu. Kat sini kitorang makan, meatball, chicken wings, fish n chips, beef ribs dgn mushroom soup. And aku gatal nak merasa cream brulee tu tapi aku makan sesudu ja sebab manis sangat. Bukan taste aku. Hehe. Habis makan sambung masuk Ikea, padahal semalam dah pegi tu. Hari ni masuk lagi sebab nak tunjuk dekat fmly kitorang berangan nak deco mcm mana untuk rumah nanti. Hahaha. Balik sampai rumah pun dah lewat sgt, balik penat and memang cari katil la cerita dia.

Ahad aku dengan partner pulak nak dating. Hahaha.. Padahal hari-hari jumpa. Aku ni dah lama sangat nak pegi Bukit Bendera. Sepatutnya hari Khamis haritu aku ajak pegi. Tapi jalan jem petang tu jadi tak sempat. So partner bawak aku pegi hari Ahad. Benda ni yang aku nak highlight tapi kemana-mana aku cerita panjang lebar kan. Hahaha.

PENANG HILL

So berbalik kepada cerita, kitorang keluar rumah pukul 5.30 petang. Partner pegi gunting rambut dulu, pastu dok zikir teringin nak makan Auntie Anne's. Singgah la Queensbay dulu sebab kitorang nak pegi Bukit Bendera, kalau singgah Gurney macam melencong jauh je kata dia. Pastu dalam pukul 7 lebih gitu sampai la dekat Bukit Bendera tu. 




Aku memang sejenis suka pegi sini time malam, time siang pun aku pegi, tapi aku mcm serabut sikit orang ramai. Hehe. Tempat pelancongan kan memangla ramai. Tapi aku suka pegi malam sebab suka tengok view Penang penuh lampu. Andddddd kalau korang nak tau, Tiket after 7 pm lagi murah tau. RM3 je sorang dewasa. Kalau Sebelum 7 pm harga RM 12. tapi ikut korang la, kalau nak isi masa pegi time siang. Aku sebab orang sini. Naik pun dah banyak kali so aku xkisah sgt. Tapi kalau kitorang bwak kawan-kawan, kitorang pegi time siang nye la. 


Since 1923


Ticket Counter

Info Counter

Harga Ticket untuk normal lane.


Bukit Bendera pun bukan biashe2 dah skrg. Kat bawah sebelum naik tu pun dah penuh kedai fast food. Pandai dorang tau, sebab kalau hari cuti, nauzubillah la dia punya queue tu. So bila ada kedai gitu orang boleh la beli air and makanan ringan lain 😄. Pandai tau jana ekonomi. Hehe



Old Town White Coffee.

A&W




Way untuk pergi dekat train.

Scan code dekat ticket untuk naik train.

The train.

Dalam Train.

Ni 2nd Stop, untuk pekerja dan penduduk.
Jangan turun tau dekat sini.

Disebabkan aku pegi pun malam, so banyak la attraction dia dah tutup mcm henna, The Habitat , Love lock deck tu, pastu apa benda tah kat bawah ada lebah-lebah tu (ni dulu aku pun penah masuk tapi tak best pun bagi aku, rugi duit ja masuk.. hahaha ) and kedai-kedai makan pun dah banyak yang tutup. Kalau naik sini, memang viral dengan ais buah tu. kalau korang pegi cuba la tau. Masa aku pegi kedai dah nak tutup, so, tak banyak pilihan. The Habitat ni pun aku dah penah masuk masa mula-mula dia bukak. Kalau korang suka nature, pegi la. Best, nyaman dan tenang. Fee dia dalam RM 20 ke RM 40 mcm tu, aku pun lupa dulu bayar berapa. So, ni aku share dekat korang hari cuti aku untuk minggu ni ok. Tapi kalau korang 1st time nak pegi Bukit Bendera. Pergi la siang tau, jangan pergi malam, nanti korang menyesal and cakap tak da benda pun kat atas ni and sia-sia ja bayar 12 ringgit.😁. 

Sampai. Ni way nak pergi tempat makan.

Kalau siang cantik ni, tapi malam gambar sedih sangat.
Macam kena tukar camera je.


Tu board yang dorang bagitau jalan nak ke The Habitat.
Atas tu sikit je, pastu korang nampak dah pintu masuk dia.

Signboard.

Balai Polis atas bukit. 

Kalau penduduk maybe pergi klinik ni la kot kan.

Ni another way nak pegi tempat makan.

Kalau nak naik skydeck yang ada acah kau kunci cintaku
dalam hatimu tu, naik tangga sebelah kanan tu. Dah malam ni
naik pun takut sebab gelap je.

Cliff Cafe, 2 tingkat. Tingkat taas makanan,
tingkat bawah minuman.

Masa aku sampai dorang dah ready nak tutup kedai dah.

Tapi still ada la kedai yang bukak.

Kalau time siang dorang ada buat sesi amik gambar
dengan burung kakak tua and ular kat kawasan ni.

Another signboard.

Ni jalan nak turun balik ke train.

Ambik gambar sambil berlari.

Atas ni ada restaurant.
David Brown's nama dia.

View of Penang.

Yaya acah-acah.

Yaya acah-acah lagi.

Pulau Pinang Pulau Mutiara.



Kerusi kat bawah lepas turun train.
Aku suka kerusi tu, sebab tu aku amik gambaq.
Takda motif apa pun.


Aku duduk kat atas ni dalam 30 minit gitu kot, pastu turun and terus balik rumah. Sebelum sampai rumah berenti makan nasi kandaq dulu. Tak Penangite la kalau tak makan nasik kandaq. Haha.

Last but not least. Nasi Kandar for lifeeeee!!!


TQ baca cerita cuti aku.Till next time sumorang 💕.




Tiada ulasan: