Assalamualaikum...
Hari ni, aku join satu run sempena Chinese New Year. Acah-acah #gayahidupsihat sangat. Padahal banyak jalan dari run nye...😆
Hari ni, aku join satu run sempena Chinese New Year. Acah-acah #gayahidupsihat sangat. Padahal banyak jalan dari run nye...😆
Partner yang tak penah penat layan kerenah.
Masuk run ni, aku bayar RM38, so dapatlah baju, medal n goodies. Aku ni sejenis masuk run sebab nak kumpul baju je weh!! Gaya hidup sihat tu 20% ja. Hahahaha...
Habis run tu dalam pukul 10.30 macam tula. Sempena Chinese New Year dorang ada buat lucky draw. Tapi aku sejenis jarang bertuah bab-bab ni..hikhik..Lepas habis semua tu terus aku pikir nak jalan-jalan cari makan. Ehhh..#gayahidupsihat pa cerita?? Hahaha. 1st pit stop setiap kali aku lepas run kalau area Island. Tadda..!!!! Roti Canai Gemas Road.
Roti Canai Special, ada cheese, ayam kari dan telur goyang.
Aktiviti tidak habis disitu ye kawan-kawan, aktiviti #jjcm ini disambung semula dengan acara makan ais kepal dan makan mee kari bersama rojak serta cendol di Penang Road Famouse Teochew Chendul...Haha..Rasa tak sia-sia berlari dan berjalan pagi tadi?😆
Ais Kepal Ribena + Laici
Mee kari, rojak & cendol.
Lepas habis ni aku balik mainland terus. Sebab aku ada meeting AJK Belia Intinity. Tapi aku tatau la saka apa yang merasuk aku untuk hari semalam. Sampai sana aku sambung order Beef bacon sandwich and penutup dia aku order Rib Eye Steak. Cuma steak ni aku xsempat nak bagi dia pose.. Beteri aku pun dah sadaqallahulazim..hehe.. Korang hujung minggu buat apa ja tu?
TQ for reading..Till next time sumorang,
💕
Tiada ulasan:
Catat Ulasan