Khamis, 15 Ogos 2019

MOVIE REVIEW : DORA AND THE LOST CITY OF GOLD

Assalamualaikum.

Second movie aku nak review ni. Tapi aku bukan orang yang ada sijil-sijil bab review tau. Aku review berdasarkan mata aku melihat, hati aku memahami. Kalau tak sama macam apa yang korang tengok dan rasa jangan marah-marah ok 😅.

Aku Google ja ni.

Siapa ja yang lahir tahun 80-an , 90-an, 2 ribu -an ni mesti tau la cerita Dora The Explorer ni. Aku dulu kalau balik sekolah, mesti nanti ptg macam tu adik aku yang kecil tu dah ready depan tv tengok cerita ni sampai aku pun kadang-kadang layan. Cuma kalau version kartun kat tv 9 dulu tu untuk budak-budak dorang seronak la, aku yang masa tu umur belasan tahun mestila dok pikir cerita ni mengarut, macam cerita Blue tu(ni bukan klip 3gp na, dulu ada satu cerita anjing biru dgn tuan dia nama Steve yang pakai baju hijau belang-belang tu). Depa tanya depa jawab. Aku memang dari dulu aku tak suka bila orang yang nak tanya tu dah tau jawapan lepastu depa tanya. Aku dok rasa individu tu sejenis membongkak. Haha.

Beralih kepada cerita Dora and The Lost City of Gold ni, masa awal-awal tu dia cuba la nk samakan dengan karakter kartun tu sebab ada satu part tu Dora yang masa tu kecil lagi umur 6 tahun buat benda sama macam dalam kartun tu, suruh orang ikut dia cakap sambil acah macam kita depan dia lepastu cakap and suruh kita ikut dia balik. 

And after 10 tahun macam tu, parent dia decide nak p cari kisah Parapatha (aku masa dengar nama ni aku dok teringatla roti prhata a.k.a roti canai kuah bajir jalan gemas 😋) , The Lost City of Gold tu and suruhlah Dora ni pi duduk dengan cousin dia si Diego tu dekat bandar. Dora kan orang hutan..maksud aku kisah hidup dia dekat hutan ja dari kecik, so bila kena paksa pi duduk bandar tu sikit sebanyak dia terbawak-bawakla cara hidup hutan dia tu. Korang tengokla cerita ni. Bagi pendapat aku untuk orang yang usia dia 30-an ni pi tengok, instead of 5 aku bagi 4. Layan lah cerita ni and aku suka. Maybe sebab dora tu cantik gamaknya. Well korang tau kan aku sangat menyanjungi perempuan lawa.

Tapi ada ja peristiwa tak best masa tengok movie ni. Jiran sebelah aku which is pasangan kekasih aku rasa, yang si lelaki tu asyikla bersembang perihal cerita ni. Contoh bila ada part Dora makan coklat perjanjian dia dengan Diego tu, dia macam masuk ke dalam karakter tau. Pastu suara dia kuat weyh. And dia tak rasa bersalah cakap kuat-kuat. Pastu pasangan dia si wanita ni pulak suka melayan dia so dah jadi 2 way converation and benda ni menganggu aku and jiran-jiran lain. Aku ni berapa kali dok bunyi shhhhhhh isyarat diam or slow sikit tapi tidak diendahkan lansung oleh mereka. Bukan aku je dok shhhhh tu na, jiran kiri depa pn sama. Aku ni jiran kanan depa. Bila habis ja cerita tu lampu menyala aku terus tengok depa dan bagi jelingan maut. Tu baru tengok dora tau, cuba kalau tengok cerita hantu ka or cerita gaduh-gaduh and dia membawa karakter tu bersama. Korang rasa apa? Aku dah cam muka lelaki tu, kalau ada rezeki duduk sebelah dia lagi , awal-awal sebelum cerita start aku nak bagitau management yang dia tak berhak tengok movie sebab dia tak hormat penonton lain dan aku akan pastikan pihak management black list kan dia dari semua panggung wayang seantero dunia(tu pun kalau dorang layan aduan pihak marhaen macam aku ni, and kalau kedepan-kedepan aku ingat lagi muka dia..haha..sebab aku bukan jenis ingat muka orang sangat pun...). Nanti beli ja dekat astro tengok dekat rumah. Fuhhhh panjang tau aku olah peristiwa tak best ni.

So korang, ampa, yuolls semua pi la tengok. Sekadar nak menhiburkan hati boleh la. Tapi aku terhibur la tengok cerita ni. Hehe. Till Next time everyone. Thank you sudi baca 💕.

P/S: sebenaqnya aku ada record part last dora nyanyi sambil menari tapi scene tu scene last. Tapi aku pulak dapat jelingat maut dari partner aku and dia dah warning aku siap-siap,"hang tak payah post na.. jangan dok buat perangai tak semenggah " . Actually nada dia tak macam tu pun, dia sejenis cakap elok-elok. Aku ja ulang balik suara tu dengan cara yang lebih extreme untuk pembaca 😆.So nnt bila cerita dah keluaq kat tv, pastu aku ingat nak update aku masukkan la sedutan tu ok.

Tiada ulasan: