Isnin, 25 November 2019

MOVIE REVIEW : CHARLIE ANGELS

Hai, Assalamualaikum. Kembali semula kita ke dalam segmen Movie Review #acahacah by Yaya. Haha.. aku dok perasan sendu ja blog aku, banyak ja movie aku tengok after London has Fallen tu, cuma mood menaip tu tak sampai. Tapi lepas melihat tahap sendu blog sendiri, aku decide nak buat review satu la. Charli Angel's.

Aku tegok cerita ni lepas celebrated birthday partner aku. Acah-acah jugak ni nak buat suprise tapi tak jadi sebb dia dah nampak kereta aku park kat mana. Lama gila aku plan nak buat tapi tak jadi. Benci aku bila plan tapi tak jadi ni. Rasa usaha tu sia-sia. Huhhhhh!! Ok, ni selingan ja sebab nak jugak masukkan intipati cerita supaya jadi penuh. Berbalik kepada tajuk utama kita.

Ini semua hasil dari idea yang aku perah sendiri nak jadi macam ni ye. Cuma kek tu aku tempah, tapi topper aku cari and letak sendiri. Yang Gambar-gambar bagai tu pun aku gigih edit and print. Cuma Isi dalam nak susun tu, aku minta kawan aku tolong deco kan. Tapi semua Idea aku la beli baju letak coklat semua tu. 'A' for effort ye. Tapi suprise tak jadi. Sedih!!


Sumber Google

Kalau pada pandangan mata aku dan penghayatan aku masa tengok cerita ni, dia tak macam Charlie angel's sebelum-sebelum ni. Sebab kita tau CA ni kan mesti kena ada tiga. Actually ni pun ada tiga orang jugak. Cuma Watak Elena tu dalam cerita ni awal-awal bukan sebagai watak Angel's tapi dia lebih kepada jurutera yang nak bocorkan maklumat sulit berkaitan syarikat dia dan secara tak lansung terjebak dalam kes ni.

Pada awalnya, masa Elena nak bongkarkan apa jadi kat dalam syarikat dia ni, dia jumpa Charlie's team ni and nak pass kan semua maklumat yang dia ada and dia tak sedar yang ada cubaan nak bunuh dia. Start dari tu la bila Charlie Angel's ni nak selamatkan dia and secara tak lansung jugak dia terjebak menjadi agen sementara.And aku rasa bila tengok cerita ni macam slow sikit jalan cerita dia. Nak sampai action tu lambat, sbb kita kan semua tau cerita ni dari dulu lebih kepada action. Tapi ni pada pandangan mata aku je la. Macam aku cakap sebelum-sebelum ni, pemahaman kita ni berbeza-beza.

Overal best, mungkin sebab aku suka pelakon dia kot. Haha.. apa la review aku tak habis-habis sebab suka tengok pelakon. Tapi ni kan style review aku. Alaaa bagi la chance review cara aku ni.. haha. Aku suka gila watak Jane tu. Bukan sebab action dia ka apa ka. Tapi aku suka tengok muka dia. Dia perempuam kulit hitam yang cantik. Kalau Ampa semua tau, aku kan mengagumi perempuan cantik. Tapi sumpah dia cantik dekat mata aku. Ella Balinska nama dia.

Aku tak pandai sangat review. Tapi kalau ampa suka Action Movie, cerita ni best la. Action perempuan. Bukan macam selalu kalau kita tengok cerita action  majority lelaki yg pegang watak utama. And kalau ampa ada anak kecil, cerita ni utk 13 tahun ke atas ye. Kanak-kanak bawak 13 tahun kalau nak tengok mak atau ayah mesti ada. Sebabnya masa aku tengok cerita ni ada sekumpulan budak baru habis UPSR yang belum 13 masuk tengok without parent dorang. And management lepas plak tu. Macam mana aku tau dorang belum 13? Mestila aku tanya sendiri. Maybe sebab sekarang senang beli tiket kot. Pakai apps or guna kiosk je. Tapi sepatutnya pihak management pun kena la amik peduli hal ni. Cerita tu kan bukan sesuai untuk tontonan umum. Tapi sebenarnya parent yang patut amik tahu hal anak-anak ni sebenarnya.

Sekianla review aku yang tak berapa review ni. Tapi korang-korang semua. Kalau nak isi masa lapang. tengokla cerita ni. Dia ada isi tersirat. tentang persahabatan, kepercayaan dan kasih sayang antara kawan-kawan. Nora bagi 4  bintang.

Till next time everyone. TQ for reading.💞

Tiada ulasan: