Assalamualaikum, Hai sumorang. Rindu aku tak tu. Rindu ke rindu? Hahaha. aku menaip ni during MCO sampai ke aku publish ni la. Bertahun makan masa 😅. Aku travel 29 februari 2020, tapi aku publish ni lepas dah setahun aku pergi. Ehekkk. Seperti tajuk tertera. Ni tempat yang ada dalam list aku 4 tahun yang dulu. Aku pencinta keindahan. Nak nak lagi kalau benda tu benda lama. Oldie but Goldie katanya. Aku memang suka benda-benda pasal building and structure. Kalau travel, 1st thing 1st aku akan carik tempat yang ada keindahan struktur. Lain orang lain minatkan. Aku tak travel untuk shopping. Tapi duit habis jugak shopping. Haha.
Aku plan setahun kot nak ke sini. Aku beli tiket sehala ja, sebab aku nk sambung travel ke Bangkok (Ni nanti aku cerita next entry, tapi tak tahu la bila kan. 🙊). So, plan aku, Cambodia-Bangkok-Kanchanaburi-Hua Hin-Bangkok-Hatyai-Penang. tapi masa aku travel ni Covid dok hebat diperkatakan, aku cuma pegi Cambodia and Bangkok sahaja. Pastu beli tiket balik Penang balik. Padahal dah plan nak naik keretapi yang siang duduk malam tidur tu. Tapi kita kan merancang, Allah yang menentukan.
Aku plan setahun kot nak ke sini. Aku beli tiket sehala ja, sebab aku nk sambung travel ke Bangkok (Ni nanti aku cerita next entry, tapi tak tahu la bila kan. 🙊). So, plan aku, Cambodia-Bangkok-Kanchanaburi-Hua Hin-Bangkok-Hatyai-Penang. tapi masa aku travel ni Covid dok hebat diperkatakan, aku cuma pegi Cambodia and Bangkok sahaja. Pastu beli tiket balik Penang balik. Padahal dah plan nak naik keretapi yang siang duduk malam tidur tu. Tapi kita kan merancang, Allah yang menentukan.
1st Day.
Actually aku and partner ambil flight pagi. Sebab aku fikir, nanti sampai awal boleh la plan jd cantik. Ni memang pemikiran aku dari dulu. Aku tak suka flight petang sebab aku rasa rugi masa. Haha. Kira lepas ja touchdown, ecehh...touch down angat..hehe. Kira sampai ja pagi tu, Tour guide aku dah siap tunggu dah. Tinggal lagi nak bawak kami jalan-jalan ja. And tour guide ni aku pilih berdasarkan pembacaan aku dekat blog bloger lain jugak. Korang google ja mesti dapat. 1st place on a 1st day. Ecehh. Haha. Kami mula-mula pergi war museum. Kalau tak salah aku nama dia memang war museum la. Hehe. Banyak sangat barang peninggalan masa perang zaman dulu. And yang bagusnya, dorang sangat menjaga peninggalan dorang zaman dahulu. Tapi tu lah, nak cerita lebih-lebih pun aku tak tahu nak gebang apa. Tengok je gambar-gambar ok. Tapi bagi aku ni one of the place yang korang wajib singgah la. Baca sejarah dorang. Aku suka baca-baca sejarah ni walaupun masa SPM sejarah aku tak score 😅.
Habis je pusing-pusing war museum, kitorang pegi tempat yang famous dgn cerita dorang yg penggal kepala and simpan kepala orang-orang yg dipenggal sebagai hiasan. Aku tengok banyak kemain tengkorak dorang display. Kemain dasyatla orang tu bangga dengan kerja jahat dia buat tu. And dorang still simpan semua2 tu untuk renungan kita bersama. Korang kalau sejenis kalau tengok benda-benda gini pastu malam tak boleh tidur. Tidak disarankan lah pergi. Tapi tak dak apa pun. Aku suka pergi sini. Masa aku sampai budak-budak sekolah tengah buat lawatan sambil belajar. Comel je semua pakat baca pastu acah-acah salin nota. Takut cikgu tanya nanti. Haha. Tapi aku suka la sistem sekolah dorang. Kasut and baju semua sepesen ja. Memang takdak la prasaan iri dan dengki tengok orang lain pakai brand mahal-mahal. Ni mau kalau tertukar kasut, esok tu pergi sekolah cari balik kasut paling baru untuk ditukarkan semula. Untung badan, mak ayah takyah beli kasut baru naik sekolah nanti. Haha.
Lepas balik dari kawasan tu, aku and partner di bawa pusing-pusing sekitar kawasan bandar dulu sebelum kami check in. Memandangkan tak banyak tempat yg boleh nak pergi, sblm check in aku minta tolong tour guide bawak aku pergi beli tumbler starbuck dulu. Sebab aku fikir esok mesti tak sempat dah sebab esok seharian ada Angkor Tour. So, gigihla tour guide bawak aku pergi sana tambah koleksi botol air aku. And dia sempat lalu kawasan yang banyak kelawar tu. And ada la dia tanya nak singgah ke tak. Aku terus cakap taknak. Haha. Nak tengok kelawar pun aku taktau buat apa. Dahla memang dah hot dunia ni dengan virus covid sebb depa dok makan kelawar. Haha.. teruk betul pemikiran aku. Tapi masa lalu kawasan tu dapatla dengar bunyi bising riuh rendah kelawar bersembang sesama mereka.
Lepas pada ni kitorang check in, and rehat. Petang driver ambil kami bawa melawat Cambodian Cultural Village. Kalau korang yang suka belajar culture orang lain. Pergi la sini, aku suka sangat. Lepastu tempat dia cantik sangat. Banyak ilmu yang dapat kita belajar dari culture orang lain. And..... banyak gila spot ambil gambar lawa-lawa. Hehe...
Malam, driver tuk tuk bawak kami dinner dekat kedai dia. Lepas ja dinner, kami pergi night market untuk shopping barang sikit sebab esokkan busy ada tour Angkor. Kitorang tak jalan sangat pun. Sebab aku tak sihat sangat. Just beli souvenir dekat family sikit than balik hotel rest sebab esok nak kena bangun awal pagi.
Ni untuk day 1 trip aku haritu. Nanti aku share hari ke 2 aku tour Angkor wat Ok. Semoga apa yang aku share ni dapat tolong ampa-ampa semua yang plan nak pegi Cambodia nanti. Till next time sumorang.TQ for reading.💕
Tiada ulasan:
Catat Ulasan