Assalamualaikum, hai sumorang. Ingat tak kita dapat cuti panjang semperna Election haritu berikutan dengan penukaran kerajaan baru? Pegi mana ja sumorang? Kakak jenjalan Ipoh-Cameron Highland je. Itu pun buat short trip yang betul-betul short.😅
Hari rabu kan memang cuti, so berpanjanganlah sehingga hari Ahad. Kakak dengan partner memang tak plan pun. At last cakap dekat dia, cuti panjang ni jomla bawak diri. Itu la yang terlepas menuju selatan sikit dari utara tu. Hahaha... Pegi jumaat, balik Sabtu. Sebabnya Isnin kerja, so pegi la sehari ja, janji jalan-jalan kan. Jom kakak share tempat mana kakak #JJCM kat korang.
1.
Restoran New Holly Wood
Port wajib breakfast bila sampai Ipoh. Tujuan asal kakak nak makan chu cheong fun kat sini, tapi sebab sampai lambat kan, memang habisla juadahnya. Kakak order Mee Kicap Pedas. Sedap, kakak suka rasa dia. And tambahan ambil apa tah goreng-goreng tu, mcm yong tau fu version goreng. Hehehe.
|
New Holly Wood signage. |
|
Mee Kicap + goreng2 + kopi ais + teh ais |
2.
Century Pines Resort
Kalau pergi CH, hotel ni je yang selalu kakak duduk. Dah terbiasa and selesa.😊. Harga pun affordable bagi kakak.
3.
Steambot Taman Abang
Another port #jjcm bila dekat CH. Nasi Lemak dia sumpah sedap gila. Patut la menjadi bualan ramai. 5 bintang rasa dia.
|
Kemas, bersih, selesa. |
|
Nasi Lemak dia memang sedaplah..... |
|
Pavlova, yang ni boleh beli asing. Sedap!! |
|
Check In!😁 |
4.
Breakfast dekat Century Pines Resort.
Salah satu sebab kakak suka hotel ni sebab breakfast dia pun menarik.
|
Nasi Lemak lagi. Tapi xboleh challenge Taman Abang. |
|
Roti rentung. Hahaha. |
5.
Sungai Palas Boh Plantation.
|
Nak cuba Nasi Lemak cheese cake. Tapi dr semalam asyik nasi lemak ja. Hehehe. |
6.
The Best Dim Sum in Ipoh.
#jjcm port makan dim sum yang sedap. Seriously cakap memang sedap. Mengikut selera kakak la ye. Tak muak. Char Koay Teow simple tapi mabelessssss.
Sampai sini je cerita kakak untuk cuti election. Semoga korang enjoy membaca. Semoga memberi kemudahan jugak untuk korang yang rancang short trip macam ni. TQ for reading 💕
Tiada ulasan:
Catat Ulasan