Khamis, 31 Mei 2018

Sabah Negeri di Bawah Bayu.. Last Day. Gaya Streeet, Bangunan Yayasan Sabah, masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Bukit Bendera dan Sugar Bun. (Part IV)

Hari ni dah last day, sedihnya nak tinggalkan Sabah. Banyak tempat tak explore lagi. Tapi in shaa Allah, aku akan datang balik sini. Untuk hari last ni, kitorang tak pegi mana sangat pun. Paginya kami jalan-jalan dekat Gaya street. Shopping sikit untuk kali terakhir. Checkout, pukul 9. Sebab wawa dengan dayah yang dari KL flight dorang tengahari. Tapi sebelum tu kitorang singgah dulu dekat Bangunan Yayasan Sabah untuk rakam memori sikit, minum air kelapa aiskrim dekat dengan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, and sempat  jugak singgah Bukit Benderea untuk tengok view bandar KK sebelum hantar dorang ke airport. Kitorang yang dari penang ni, lepas hantar wawa dengan dayah, mengeras la tunggu dekat tanjung Aru. Konon-konon nak capture sunset. Tapi haritu timing salah agaknya. Sunset turun lindung bukit. Hehe... Jom tengok gambar cuci mata. Eh lupa, aku dengan partner ada beli frozen food untuk bawak balik semenanjung. Ole-ole untuk family. Murahla jugak harganya kalau  frozen ni.😁


Gaya Street
Bangunan Yayasan Sabah
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
Air Kelapa Aiskrim
Pisang Goreng cheese & chocolate
Bukit Bendera

Sugar Bun, sebab dekat Semenanjung takda.

Lobster, scallops & crab.

Kilang Frozen Food


Sunset malu-malu.


Jalan-jalan #sabahokbah dah habis. Jumpa next entry semua.Semoga sedikit sebanyak dapat tolong korang untuk rancang trip ke Sabah.In shaa Allah.Tq for reading.💕

READ :

Tiada ulasan: