Assalamualaikum, jenuhnya nak habiskan entry Sabah. Sesungguhnya sangat busy. Tataula busy apa sangat. Hehe.. jom kakak share day 3 kami dekat sabah.😊
Hari ke tiga di Sabah, kami buat aktiviti air untuk satu hari. Takda la satu hari penuh, tapi kami start kumpul pukul 8 kat bawah hotel dan habis around pukul 4 petang macam tu.Mostly orang akan amik by package, macam kami ni, kami ambil package 2 pulau. Korang kalau suka laut ambil la yang banyak lagi pulau. Kakak dua ni pun kakak dah penat sangat. Hehe.. Eh lupa nak bagitau kakak stay kat mana masa kat KK ni, kakak share melalui gambar ye semua. Jangan bosan baca cerita kakak tau. Selamat membaca sumorang...😍
Bersih, cantik & murah.
Breakfast dulu |
Tanjung Aru Jetty
Group photo wajib.
Sementara nak tunggu naik bot, boleh jalan-jalan dalam ni. Ada small aquarium.
The Jetty.
Jetty Sapi Island
Kitorang ambil package sekali buffet lunch. Sorang RM 120, so dapat table untuk letak barang and dapat lunch dekat sini jugak. Tak yah susah-susah cari makanan and of coz makanan kat sini harga berkali-kali ganda.
Ni kira macam board dekat mall yang bagitau apa ada and kita kat mana la lebih kurang kaedahnya.😁
Gambar beramai-ramai adalah wajib!
Pulau Sapi ni famous sebab batu karang yang cantik.
Konsep Lunch of coz seafood. Nyumsss
Ready untuk ke pulau Manukan pulak...
Jetty Manukan
Entrance Manukan Island.
Selamat Datang.
Manukan Island
Remnant of World War, yang ni pun dekat manukan Island.
One of Villa yang ada dekat sana. Cantik, harga pun mestila setanding kecantikan.
Kat sini kakak tak ambil gambar sangat pun. Ada tragedi ni kat sini. Kena bawak arus sampai kemana-mana dah. Haha..sumpah taknak dah pergi ke tengah laut. Sebab nak tengok Nemo ja. Hahaha. Tapi best, sangat cantik dua-dua pulau ni. In shaa Allah, kalau ada rezeki kakak nak pergi sini lagi.
Lepas habis aktiviti laut, kami semua siap-siap balik hotel and plan nak pergi Pasar Philipine pula. Nak beli ole-ole sikit untuk bawa balik Semenanjung.
Pasar Philipine.
Yang warna putih and orange tu Amplang. Macam jajan la, rasa sotong. Kakak lagi suka yang warna putih tu compare dengan yang lagi satu. And jangan lupa beli seafood yang kering-kering tau kat sini. Murah!
Dengan adik yang jual dekat sini. Kelakar sangat ha dia.
Lagi dengan owner kedai. Takdala owner sangat, dorang tolong jaga kedai abang dorang. Tapi aku consider dia owner la, adik beradik punya bisnes.
Dah habis shopping sikit, time to dinner, apalagi, makan seafood lagi laaaaaa. Benda wajib bila melawat sabah, jangan lupa makan seafood dorang. Sedap and murah. Tak dapat harga macam tu bila balik Semenanjung.
2nd night makan dekat Mutiara Tomyam.
Harga seafood dekat sini.
Ni menu kakak malam ni. Ada udang galah dengan sotong. Tapi harga dah tak ingat, tapi murah dari kedai malam sebelumnya.
Dah habis makan singgah tempat ni, tapi lupa nama dia. Macam pasar malam yang banyak makanan and ada beca warna warni berlampu.
The view. Tengah tunggu jagung rebus masa ni. Tapi sedapla jagung dia tu walaupun bodo-bodo ja rebus. Hahaha...
TQ for reading everyone. Till next time..💕
Tiada ulasan:
Catat Ulasan