Assalamualaikum..hye everyone.. kakak nak sambung cerita day two trip #sabahokbah. Dah ready ke sumorang tu?? Entry ni sangatlah panjang ye, hope sumorang membaca dengan hati yang tabah. Hahahaha...
So, semua sedia maklum, hari 1st kakak mendarat dekat Sabah, kami terus gerak ke Kundasang. So, dekat Kundasang tu kami tidur semalam dekat Skyville Zen Resort , Kundasang. Bagi kakak tempat ni sangat cantik, sbb view atas bukit. Cumanya, memang nak naik sampai atas dengan van kami tu, mulut tak lepas dari istifar la.😅. Tapi bila sampai tu mmg sangatla cantik Subhanallah. Bilik pun sangat ok bagi kakak.
View belakang bilik. |
So, pagi tu lepas checkout, kami sepuluh orang ni terus breakfast dekat pekan Kundasang. Sebelum singgah breakfast, sempat lagi Daud stop kan kami dekat-dekat dengan tempat makan ni and suruh ambil gambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Cantik, Subhanallah sangat cantik. And satu hari nanti kakak simpan niat untuk takluk Gunung Kinabalu. In shaa Allah.
The view, Subahanallah cantiknya...
Lepas je breakfast dekat Pekan Kundasang, kami teruskan perjalanan ke Desa Dairy Farm, tempat yang wajib singgah dan wajib try susu & gelato dekat sini. Kalau sampai, tapi tak cuba, macam tak lengkap trip #sabahokbah ni.
Entrance Fee
Wajib OOTD
kami ada tambahan ahli there..😆
One with Kak Mila, pencinta Haiwan. Me? Penakut sokmo..
Nampak tak jarak aku bagi susu dekat lembu tu compare dengan Kak mila bagi. Hahaha.
Chocolate Gelato is a must!
Sedap.
Kasi can la pose sorang-sorang.
Habis je luang masa dekat Desa Dairy Farm, kami semua teruskan perjalanan ke Kota Kinabalu semula, sebab 2 hari terakhir aktivi kami banyak berkisah dekat Kota Kinabalu. Tapi all the way to KK, kami singgah di Poring Hot Spring dulu. Sempatla buat mini jungle trekking dgn merasa Canopy Walk dekat sini. Tapi sementara nak sampai atas tu, mmgla mulut asyik cakap, kenapa kena pergi sini..kenapa???? Hahaha..tapi once dah dekat atas, rasa mcm woaaaaaaa....maybe sebab kakak jenis suka aktiviti macamni kan. Lain orang lain cara tau.
Fee Poring Hot Spring
Canopy Walk, here we go!
Nak naik Canopy Walk ni ada tambahan fee, RM 3/ individu & RM 5 untuk yuran kamera.
Ready for Canopy walk.
Kakak muka rilex sebab kakak tak gayat.
Berpoloh haaaa... mini jungle trekking. Pakai jeans tau sumorang. Hahaha.
Eh, tapi sebenarnya, sebelum patah balik ke KK, kami juga sempat singgah di kundasang war memorial dulu. Menjengah kisah-kisah masa lalu masa zaman perang dan nama-nama mereka yang terlibat dan terkoban, dorang pahatkan di sini sebagai memori untuk dikenang.
Kalau awal sikit and awan tak banyak boleh nampak Akinabalu.
Lepas , kami buat mini jungle trekking, kami teruskan perjalanan ke tempat seterusnya, iaitu Bombon Kampung Marakau untuk buat aktiviti Spa sikit. Tapi kakak lansung tak sentuh, sebab kakak penakut. Hahaha..
Fee masuk kalau tak salah RM 4, dapat dengan makanan ikan sekali.
kan aku cakap Kak Mila pencinta haiwan.
aku? celup kaki sambil larikan diri.
Lepastu kami semua teruskan semula perjalanan menuju KK dan singgah sekejap dekat Kinabalu Park. Masa ni semua dah tak larat, rasa macam, eh stop mana lagi ni..hahaha...Daud turunkan kami dekat entrance and suruh kami jalan kaki naik tangga sampai atas. Lepastu tetiba kami nampak dia naik atas dengan van. Sumorang pun macam..ehhh Daud, sampai hati buang lemak kami sia-sia sebegitu rupa...hahhaha. Dekat sini view cantik, cuma mungkin kami sampai dah agak lewat, awan dah banyak tutup langit. So, tak berapa nampak kebanggaan Sabah yang satu ni. Tapi kawasan sini juga sebenarnya kawasan semua pendaki berkumpul untuk takluk Akinabalu. One of my wish list. And kakak harap semoga suatu hari nanti, impian kakak akan jadi kenyataan. Semoga Allah mudahkan..
And lepas ja dah habis sesi bergambar semua, kami singgah makan dulu dekat tempat yang selalu disebut-sebut. Lokan panggang dan kelapa bakar. Lepastu kami pun gerak and sampai pekan KK. First stop sampai sini, cari koleksi mutiara dulu sebagai ole-ole. Yang ni pun benda wajib tau dekat sabah. Shopping barang kemas mutiara. Hehehe..
Puding Kelapa, Lokan Panggang dengan Kelapa Bakar tak ambil gambar pun. Sebab punya syok makan sampai tak ingat dunia. Ruginya tak da gambar.
Keronsang Mutiara
Beli banyak, dapat free.
And last but not least, benda wajib korang semua patut buat bila #jalanjalancarimakan #sabahokbah ni ialahhhhhhhh.... The Seafood. Malam tu kami semua rambang mata nak pilih seafood. Terutamanya of coz la my partner. Sebab dari awal dia tau ada trip sabah ni, dia dah zikir cakap nak makan lobster. Hari-hari ok..hehehe.. So, bila sampai sini, and dah makan, boleh nampak riak riang terpancar dari muka dia. Hahaha.
Three this, it cost me RM93. Murah kan?
Pinjam Lauk orang sikit. Haha..Lauk kami, Lobster Butter, Salted Egg Crab, & Tiger Prawn masak pedas. Sedap. Seafood Fresh!!
Lepas kenyang, time to check in and tido. Untuk malam 2nd ni kami pilih KK suites hotel untuk melepaskan lelah seharian. And esok pagi-pagi kami dah ada plan untuk satu hari jugakla. So stay tune everyone..jumpa lagi di #sabahokbah Part 3 ok.
Tq for reading. Till next time sumorang 💕
Sabah Ok Bah - Part I
Tiada ulasan:
Catat Ulasan