Isnin, 25 November 2019

MOVIE REVIEW : CHARLIE ANGELS

Hai, Assalamualaikum. Kembali semula kita ke dalam segmen Movie Review #acahacah by Yaya. Haha.. aku dok perasan sendu ja blog aku, banyak ja movie aku tengok after London has Fallen tu, cuma mood menaip tu tak sampai. Tapi lepas melihat tahap sendu blog sendiri, aku decide nak buat review satu la. Charli Angel's.

Aku tegok cerita ni lepas celebrated birthday partner aku. Acah-acah jugak ni nak buat suprise tapi tak jadi sebb dia dah nampak kereta aku park kat mana. Lama gila aku plan nak buat tapi tak jadi. Benci aku bila plan tapi tak jadi ni. Rasa usaha tu sia-sia. Huhhhhh!! Ok, ni selingan ja sebab nak jugak masukkan intipati cerita supaya jadi penuh. Berbalik kepada tajuk utama kita.

Ini semua hasil dari idea yang aku perah sendiri nak jadi macam ni ye. Cuma kek tu aku tempah, tapi topper aku cari and letak sendiri. Yang Gambar-gambar bagai tu pun aku gigih edit and print. Cuma Isi dalam nak susun tu, aku minta kawan aku tolong deco kan. Tapi semua Idea aku la beli baju letak coklat semua tu. 'A' for effort ye. Tapi suprise tak jadi. Sedih!!


Sumber Google

Kalau pada pandangan mata aku dan penghayatan aku masa tengok cerita ni, dia tak macam Charlie angel's sebelum-sebelum ni. Sebab kita tau CA ni kan mesti kena ada tiga. Actually ni pun ada tiga orang jugak. Cuma Watak Elena tu dalam cerita ni awal-awal bukan sebagai watak Angel's tapi dia lebih kepada jurutera yang nak bocorkan maklumat sulit berkaitan syarikat dia dan secara tak lansung terjebak dalam kes ni.

Pada awalnya, masa Elena nak bongkarkan apa jadi kat dalam syarikat dia ni, dia jumpa Charlie's team ni and nak pass kan semua maklumat yang dia ada and dia tak sedar yang ada cubaan nak bunuh dia. Start dari tu la bila Charlie Angel's ni nak selamatkan dia and secara tak lansung jugak dia terjebak menjadi agen sementara.And aku rasa bila tengok cerita ni macam slow sikit jalan cerita dia. Nak sampai action tu lambat, sbb kita kan semua tau cerita ni dari dulu lebih kepada action. Tapi ni pada pandangan mata aku je la. Macam aku cakap sebelum-sebelum ni, pemahaman kita ni berbeza-beza.

Overal best, mungkin sebab aku suka pelakon dia kot. Haha.. apa la review aku tak habis-habis sebab suka tengok pelakon. Tapi ni kan style review aku. Alaaa bagi la chance review cara aku ni.. haha. Aku suka gila watak Jane tu. Bukan sebab action dia ka apa ka. Tapi aku suka tengok muka dia. Dia perempuam kulit hitam yang cantik. Kalau Ampa semua tau, aku kan mengagumi perempuan cantik. Tapi sumpah dia cantik dekat mata aku. Ella Balinska nama dia.

Aku tak pandai sangat review. Tapi kalau ampa suka Action Movie, cerita ni best la. Action perempuan. Bukan macam selalu kalau kita tengok cerita action  majority lelaki yg pegang watak utama. And kalau ampa ada anak kecil, cerita ni utk 13 tahun ke atas ye. Kanak-kanak bawak 13 tahun kalau nak tengok mak atau ayah mesti ada. Sebabnya masa aku tengok cerita ni ada sekumpulan budak baru habis UPSR yang belum 13 masuk tengok without parent dorang. And management lepas plak tu. Macam mana aku tau dorang belum 13? Mestila aku tanya sendiri. Maybe sebab sekarang senang beli tiket kot. Pakai apps or guna kiosk je. Tapi sepatutnya pihak management pun kena la amik peduli hal ni. Cerita tu kan bukan sesuai untuk tontonan umum. Tapi sebenarnya parent yang patut amik tahu hal anak-anak ni sebenarnya.

Sekianla review aku yang tak berapa review ni. Tapi korang-korang semua. Kalau nak isi masa lapang. tengokla cerita ni. Dia ada isi tersirat. tentang persahabatan, kepercayaan dan kasih sayang antara kawan-kawan. Nora bagi 4  bintang.

Till next time everyone. TQ for reading.💞

Selasa, 27 Ogos 2019

MOVIE REVIEW : ANGEL HAS FALLEN

Haiii... rajinkan aku sekarang buat movie review #acahacah ni. Haha..Takda contents aku nak share during cuti time aku. Yang aku buat hanyalah duduk rumah saja and keluar tengok movie. So, aku pun review la acah acah.

Gambar ambil dekat Mr. Google

Actually plan nak tengok cerita ni hari Jumaat, tapi that day aku rasa malas kemain. So, aku cakap dekat partner, after homeless activity kita pegi ok. So dia pun ok ja. Pukul 8 malam kami ada The IYA program Food for Homeless. Program ni every month kitorang akan buat sekali. Korang rajin-rajinla tengok aktiviti kami dekat IG Belia Infinity

So, berbalik kepada review movie kita. Overall aku bagi 3/5. Sebab cerita ni plot dia sama ja dengan cerita sebelum-sebelum ni macam London Has fallen and yang sewaktu dengannya. So awal-awal ampa semua dah boleh predict jalan cerita dia macam mana. Tapi kalau siapa yang suka action movie, dia boleh jadi 5 over 5 la bintang dia. Sebab dia punya action tu sangat la mantap.

Bermula dengan watak utama dia Mike Banning yang keja dia ni lebih kurang mcm bodyguard Presiden. And keja dia harusla jaga Presiden kan. And satu hari tu ada cubaan nak bunuh presiden masa depa buat aktiviti luar. Tapi dalam kelompok yang menjaga presiden waktu tu, dia dengan presiden sahaja yang hidup. Team kerja dia yang lain yang ada kat tempat kejadian tu semua mati. Lepastu pulak presiden ni koma, so dalam mencari jawapan tu, dia ni dijadikan sebagai suspek utama atas kejadian cubaan bunuh tersebut. So, dia pun cuba nak buktikan dia bukan dalang dia and macam-macamla cara dia buat untuk buktikan dia tak salah. Selebihnya jalan cerita ni nanti ampa semua tengokla tau.

Tapi cerita ni best jugak, ada unsur kekeluargaan jugak. Cumanya cerita ni memang budak-budak tak boleh masuk lansung. Sebab banyak sangat perkataan **** tu depa dok sebut. Aku rasa Finas pun penat kot nak tapis sebab banyak sangat sampai aku boleh kata setiap perkataan dia nak sebut benda tuttttt tu. Hahaha.

Kesuluruhan cerita ni, aku boleh cakap. Cerita dia best, action dia hebat, tapi plot cerita dia lebih kurang dengan cerita-cerita yang sebelum ni. Tapi mungkin pendapat kita tak sama 😊. Selamat menonton bagi yang belum menonton.😘

Thank you for reading everyone. Till next time.💕

Khamis, 15 Ogos 2019

MOVIE REVIEW : DORA AND THE LOST CITY OF GOLD

Assalamualaikum.

Second movie aku nak review ni. Tapi aku bukan orang yang ada sijil-sijil bab review tau. Aku review berdasarkan mata aku melihat, hati aku memahami. Kalau tak sama macam apa yang korang tengok dan rasa jangan marah-marah ok 😅.

Aku Google ja ni.

Siapa ja yang lahir tahun 80-an , 90-an, 2 ribu -an ni mesti tau la cerita Dora The Explorer ni. Aku dulu kalau balik sekolah, mesti nanti ptg macam tu adik aku yang kecil tu dah ready depan tv tengok cerita ni sampai aku pun kadang-kadang layan. Cuma kalau version kartun kat tv 9 dulu tu untuk budak-budak dorang seronak la, aku yang masa tu umur belasan tahun mestila dok pikir cerita ni mengarut, macam cerita Blue tu(ni bukan klip 3gp na, dulu ada satu cerita anjing biru dgn tuan dia nama Steve yang pakai baju hijau belang-belang tu). Depa tanya depa jawab. Aku memang dari dulu aku tak suka bila orang yang nak tanya tu dah tau jawapan lepastu depa tanya. Aku dok rasa individu tu sejenis membongkak. Haha.

Beralih kepada cerita Dora and The Lost City of Gold ni, masa awal-awal tu dia cuba la nk samakan dengan karakter kartun tu sebab ada satu part tu Dora yang masa tu kecil lagi umur 6 tahun buat benda sama macam dalam kartun tu, suruh orang ikut dia cakap sambil acah macam kita depan dia lepastu cakap and suruh kita ikut dia balik. 

And after 10 tahun macam tu, parent dia decide nak p cari kisah Parapatha (aku masa dengar nama ni aku dok teringatla roti prhata a.k.a roti canai kuah bajir jalan gemas 😋) , The Lost City of Gold tu and suruhlah Dora ni pi duduk dengan cousin dia si Diego tu dekat bandar. Dora kan orang hutan..maksud aku kisah hidup dia dekat hutan ja dari kecik, so bila kena paksa pi duduk bandar tu sikit sebanyak dia terbawak-bawakla cara hidup hutan dia tu. Korang tengokla cerita ni. Bagi pendapat aku untuk orang yang usia dia 30-an ni pi tengok, instead of 5 aku bagi 4. Layan lah cerita ni and aku suka. Maybe sebab dora tu cantik gamaknya. Well korang tau kan aku sangat menyanjungi perempuan lawa.

Tapi ada ja peristiwa tak best masa tengok movie ni. Jiran sebelah aku which is pasangan kekasih aku rasa, yang si lelaki tu asyikla bersembang perihal cerita ni. Contoh bila ada part Dora makan coklat perjanjian dia dengan Diego tu, dia macam masuk ke dalam karakter tau. Pastu suara dia kuat weyh. And dia tak rasa bersalah cakap kuat-kuat. Pastu pasangan dia si wanita ni pulak suka melayan dia so dah jadi 2 way converation and benda ni menganggu aku and jiran-jiran lain. Aku ni berapa kali dok bunyi shhhhhhh isyarat diam or slow sikit tapi tidak diendahkan lansung oleh mereka. Bukan aku je dok shhhhh tu na, jiran kiri depa pn sama. Aku ni jiran kanan depa. Bila habis ja cerita tu lampu menyala aku terus tengok depa dan bagi jelingan maut. Tu baru tengok dora tau, cuba kalau tengok cerita hantu ka or cerita gaduh-gaduh and dia membawa karakter tu bersama. Korang rasa apa? Aku dah cam muka lelaki tu, kalau ada rezeki duduk sebelah dia lagi , awal-awal sebelum cerita start aku nak bagitau management yang dia tak berhak tengok movie sebab dia tak hormat penonton lain dan aku akan pastikan pihak management black list kan dia dari semua panggung wayang seantero dunia(tu pun kalau dorang layan aduan pihak marhaen macam aku ni, and kalau kedepan-kedepan aku ingat lagi muka dia..haha..sebab aku bukan jenis ingat muka orang sangat pun...). Nanti beli ja dekat astro tengok dekat rumah. Fuhhhh panjang tau aku olah peristiwa tak best ni.

So korang, ampa, yuolls semua pi la tengok. Sekadar nak menhiburkan hati boleh la. Tapi aku terhibur la tengok cerita ni. Hehe. Till Next time everyone. Thank you sudi baca 💕.

P/S: sebenaqnya aku ada record part last dora nyanyi sambil menari tapi scene tu scene last. Tapi aku pulak dapat jelingat maut dari partner aku and dia dah warning aku siap-siap,"hang tak payah post na.. jangan dok buat perangai tak semenggah " . Actually nada dia tak macam tu pun, dia sejenis cakap elok-elok. Aku ja ulang balik suara tu dengan cara yang lebih extreme untuk pembaca 😆.So nnt bila cerita dah keluaq kat tv, pastu aku ingat nak update aku masukkan la sedutan tu ok.

Selasa, 6 Ogos 2019

MOVIE REVIEW : Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw

Assalamualaikum.

Woowww, acah sangat nak review movie. Padahal aku sejenis tengok movie kalau best aku tak mengantuk. Kalau tak best aku mesti dok ulang tanya ja bila nak habis cerita. Hahaha.


Gambar aku pinjam Google.

Untuk cerita Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw ni aku kalau ikutkan aku layan kan ja partner aku yang nak tengok sangat. Aku bukan peminat filem aksi. Cartoon aku layan. Walaupun aku 30-an. Hahaha. 

Tapi salah dua sebab aku layankan jugak sebab aku suka Hero dia. Jason Statham. Aku memang suka gila dekat dia. Aku rasa semua movie dia aku tengok. Character dia bawak dalam cerita dia belakon semua style rilex-rilex gitu. Dengan muka dia persis lelaki sombong tu. Aku memang suka lelaki muka gini. Tapi allah tak bagi pasangan aku spesies gini, allah bagi partner aku yang kalau tengok muka dia tu memang gelak je la memanjang aku ni.

Eh apa aku mengarut panjang-panjang. Kalau tanya aku, sapa suka filem action akan suka filem ni. tapi kalau korang pengikut setia Fast & Furious, aku rasa part kereta bawak laju-laju tu lambat sangat plot dia. Dekat nak hujung gitu baru ada. Aku pun tatau nk klasifikasi kan movie ni sejenis movie apa. Overall, dari  5 aku bg 3.5 la kot.. Tu pun sebab Abang jason belakon. Hikhik.

Cerita ni kisah CIA mintak tolong Hobbs dengan Shaw ni carik sorang perempuan yang dorang kata dah curi satu virus tu. So dorang fikir perempuan ni macam curi untuk hancurkan dunia. tapi sebenarnya orang lain yang nak curi virus tu yang mana lelaki kulit hitam ni ,Idris Elba (aku suka dia ni berlakon jugak, tapi dalam ni dia jadi jahat so aku tak suka. haha) sebenarnya dalang dia. Dia bunuh semua geng perempuan tu and buat macam perempuan tu bersalah. So, Hobbs dengan Shaw ni lah yang ditugaskan cari perempuan tu untuk dapatkan virus tu balik.

Siapa yang belum tengok lagi tu pergilah. Maybe seronok bagi ampa, tapi ok lah bagi aku. tapi aku suka tengok heroin cerita ni adik si Shaw tu. Cantik. Owh kalau korang nak tau aku memang suka tengok perempuan cantik. Aku kalau pergi jalan-jalan, sebagai perempuan aku jarang puji lelaki hensem. Tapi aku tak boleh tengok perempuan cantik. Otomatisnya aku mesti cakap dekat partner, 'Cantiknya perempuan tuuuuuu". Partner aku dulu pelik ja sebab aku suka puji perempuan sekarang tidak lagi.😁

Sekian sahaja review movie 1st time aku. Aku tak dilahirkan untuk cerita balik cerita yang aku dah tengok. Kalau adik beradik aku tanya dah tengok cerita sekian-sekian?Best tak? Cerita pasal apa? Aku mesti jawab samada best atau tak ja. Kalau nak hurai aku taktau. Haha.

Till next time sumorang. Kalau ada movie lagi aku tolong review na. tapi kalau tak menepati citarasa ampa pasal huraian aku tu sorry la ye. Aku tak dilahirkan jadi story teller.💕

Selasa, 30 Julai 2019

BOBA dan Yaya berpisah tiada.

Assalamualaikum, hye sumorang. Lately ni semua pun nak hunting boba. Sumorang tu termasuk aku la ye. Haha.. Aku pun tak mau ketinggalan okeyh. Kat sini aku share and aku susun ikut rate dari biashe-biashe sampai rate paling dabomb ok which is no.5 sampai no.1. Tapi ni ikut level tekak aku tau. Kalau ampa tak setuju sorry tau. Lagipun kan citarasa masing-maing berbeza 😀.

Memandangkan boba ni makin lama makin hit, aku tolong ampa google Boba ni asal dari mana semua tau. Actually aku pun google, and aku share la dengan ampa semua 1st orang buat n minum boba ni kat mana asalnya.Ampa klik link yang aku share tu ok.😉



Here you go everyone. 

No.5 :
Cool Blog
Rasa dia macam kurang bagi aku, aku tak rasa brown sugar. Lebih kepada milk tea ja. Tapi milk tea dia pun biasa-biasa ja. Plus masa aku beli ni pearl dia tak masak. So kat tengah-tengah tu keras lagi. Tapi maybe nak jadi cerita aku beli kat kedai yang salah. And maybe cool blog lain rasa ok.


RM 7.90.



No.4 :
Xing Fu Tang.
Yang ni aku order fresh milk. Tapi yet still dia punya brown sugar tu tak tepati rasa sedap kat tekak aku. Or maybe outlet yang aku pegi ni tak master lagi. Walaupun sepetutnya dorang ada ratio yang tepat untuk buat kan. Konsep dia macam kita masak la. Kita ikut resepi sama dah. Tapi skill and air tangan tu tak sama. Ni pendapat aku tau. Jangan marah tau.😊

RM 15.50


No.3 :
Tealive
Yang ni Bang Bang Milk Tea and Fresh Milk dia memang sedap. Pastu harga dia sesuai untuk rakyat Marhaen macam aku. Kalau aku teringin tapi kewangan ala kadar aku memang pegi sini la. Tapi paling aku suka Bang Bang Milk Tea dia. Rasa macam minum teh is campur ayaq gula melaka cendol. Dapat imagine tak. hehe..

RM 7.90



No.2 :
The Alley.
Ok kat sini aku tak order milk tea or fresh milk. And aku pun tak pasti ada ke tak milk tea tu. Aku rasa macam fresh milk ja ada. Betulkan kalau aku salah. Yang ni aku order Brown Sugar Cream Brulee. Tapi masyaAllah sedapnya aku rasa. Atau mungkin tepat sekali bila aku cakap aku suka sebab cream brulee tu ja sebenarnya. Tapi betul sedap. Kalau ampa semua nak p sini, aku suggestkan flavour ni.

RM 14.90



No.1 :
Daboba.
Ok among all ni paling kena dengan tekak aku. And aku kalau beli, boleh habis dalam masa tak sampai 10 minit. Yang macam dalam gambar yang aku share ni nama dia Roasted brown Sugar Pearl Fresh Milk. Kat atas dia ada roasted cheese. And aku rasa cheese and gula yang depa roast tu buat rasa dia dabomb. Bila minum dapat rasa gula hangus crunchy-crunchy gitcheww. 

RM 16.90

Tapi ni semua based on aku punya trial tau. Selera orang berbeza-beza. Sekarang ni Chat Time yang baru tu aku tak try lagi. Tapi aku rasa dulu macam Chat Time dah pernah keluarkan. Takpe nanti kalau aku try, aku update dekat sini ok.

Tq for reading everyone. Semoga apa yang aku share dapat bagi maklumat serba sikit kat ampa. till next time.💕

Isnin, 22 Julai 2019

Bukit Bendera, Pulau Pinang.

Assalamualaikum, hai sumorang. Cuti buat apa ja tu. Aku rasa this week aku rasa cuti aku dgn partner terisi dengan jayanya. Dari start jumaat lagi kami dah isi masa cuti kami tu. Hahaha.

Jumaat tunggu partner balik kerja, lepastu malam pergi IKEA sebab nak curik idea deco sikit. Kami start masuk Ikea pukul 8 malam, pusing dari satu area ke satu area. Focus dekat kawasan bilik dengan kawasan dapur paling lama. Hahaha. Sampai la kami dengar dorang announce kata IKEA nak tutup lagi 15 minit. Hahaha. Gigih tak kami sampai macam tu sekali.

Hari Sabtu ni lagi la hectic, pagi bangun, siap breakfast. Pukul 10 keluar rumah. Sebab harini dah plan nak pegi cari kain untuk kenduri abang and kakak partner bulan 12 nanti. Pukul 11.30 pergi kamdar, pusing kamdar, jumpa kain yang kitorang nak tapi mahal kemain. Nak buat baju pun pakai sekali je nanti masa kenduri.😅 Atlast kain songket yang kami bekenan sangat tu beli jugak tapi untuk jadikan kain sampin partner dengan anak buah. Dapat pun tak banyak, 2.5 meter ja. Kalau kami berkisah nak beli jugak mesti menyesal sebab kain tu ada banyak tu ja. Haha. Last-last beli kain dekat Alkaria ja, kain ni mak dgn ngah yang pilih. Aku ikut je, tapi sebenarnya bukan taste aku sbb bling2 sangat. And aku keep repeat, nnt kita tak over shadow pengantin ke? Hahaha.. Tapi mak suka kain tu, and mak belanja kain nya..so aku on ajelah.😂.Beli kain ni, dari pukul 11 lebih gitu, sampai dekat pukul 2 lebih. Dasyat betul lamanya.. Hahaha.. Aku selalu beli baju siap je.

IKEA BATU KAWAN


Hari sabtu ni pergi IKEA lagi, sebab adik cakap nak makan meatball. Lepas habis beli kain terus pegi Ikea sebab semua orang dah lapar. Nasibla hari tu kat kwsn makan-makan ni tak ramai macam masa mula bukak dulu. Kat sini kitorang makan, meatball, chicken wings, fish n chips, beef ribs dgn mushroom soup. And aku gatal nak merasa cream brulee tu tapi aku makan sesudu ja sebab manis sangat. Bukan taste aku. Hehe. Habis makan sambung masuk Ikea, padahal semalam dah pegi tu. Hari ni masuk lagi sebab nak tunjuk dekat fmly kitorang berangan nak deco mcm mana untuk rumah nanti. Hahaha. Balik sampai rumah pun dah lewat sgt, balik penat and memang cari katil la cerita dia.

Ahad aku dengan partner pulak nak dating. Hahaha.. Padahal hari-hari jumpa. Aku ni dah lama sangat nak pegi Bukit Bendera. Sepatutnya hari Khamis haritu aku ajak pegi. Tapi jalan jem petang tu jadi tak sempat. So partner bawak aku pegi hari Ahad. Benda ni yang aku nak highlight tapi kemana-mana aku cerita panjang lebar kan. Hahaha.

PENANG HILL

So berbalik kepada cerita, kitorang keluar rumah pukul 5.30 petang. Partner pegi gunting rambut dulu, pastu dok zikir teringin nak makan Auntie Anne's. Singgah la Queensbay dulu sebab kitorang nak pegi Bukit Bendera, kalau singgah Gurney macam melencong jauh je kata dia. Pastu dalam pukul 7 lebih gitu sampai la dekat Bukit Bendera tu. 




Aku memang sejenis suka pegi sini time malam, time siang pun aku pegi, tapi aku mcm serabut sikit orang ramai. Hehe. Tempat pelancongan kan memangla ramai. Tapi aku suka pegi malam sebab suka tengok view Penang penuh lampu. Andddddd kalau korang nak tau, Tiket after 7 pm lagi murah tau. RM3 je sorang dewasa. Kalau Sebelum 7 pm harga RM 12. tapi ikut korang la, kalau nak isi masa pegi time siang. Aku sebab orang sini. Naik pun dah banyak kali so aku xkisah sgt. Tapi kalau kitorang bwak kawan-kawan, kitorang pegi time siang nye la. 


Since 1923


Ticket Counter

Info Counter

Harga Ticket untuk normal lane.


Bukit Bendera pun bukan biashe2 dah skrg. Kat bawah sebelum naik tu pun dah penuh kedai fast food. Pandai dorang tau, sebab kalau hari cuti, nauzubillah la dia punya queue tu. So bila ada kedai gitu orang boleh la beli air and makanan ringan lain 😄. Pandai tau jana ekonomi. Hehe



Old Town White Coffee.

A&W




Way untuk pergi dekat train.

Scan code dekat ticket untuk naik train.

The train.

Dalam Train.

Ni 2nd Stop, untuk pekerja dan penduduk.
Jangan turun tau dekat sini.

Disebabkan aku pegi pun malam, so banyak la attraction dia dah tutup mcm henna, The Habitat , Love lock deck tu, pastu apa benda tah kat bawah ada lebah-lebah tu (ni dulu aku pun penah masuk tapi tak best pun bagi aku, rugi duit ja masuk.. hahaha ) and kedai-kedai makan pun dah banyak yang tutup. Kalau naik sini, memang viral dengan ais buah tu. kalau korang pegi cuba la tau. Masa aku pegi kedai dah nak tutup, so, tak banyak pilihan. The Habitat ni pun aku dah penah masuk masa mula-mula dia bukak. Kalau korang suka nature, pegi la. Best, nyaman dan tenang. Fee dia dalam RM 20 ke RM 40 mcm tu, aku pun lupa dulu bayar berapa. So, ni aku share dekat korang hari cuti aku untuk minggu ni ok. Tapi kalau korang 1st time nak pegi Bukit Bendera. Pergi la siang tau, jangan pergi malam, nanti korang menyesal and cakap tak da benda pun kat atas ni and sia-sia ja bayar 12 ringgit.😁. 

Sampai. Ni way nak pergi tempat makan.

Kalau siang cantik ni, tapi malam gambar sedih sangat.
Macam kena tukar camera je.


Tu board yang dorang bagitau jalan nak ke The Habitat.
Atas tu sikit je, pastu korang nampak dah pintu masuk dia.

Signboard.

Balai Polis atas bukit. 

Kalau penduduk maybe pergi klinik ni la kot kan.

Ni another way nak pegi tempat makan.

Kalau nak naik skydeck yang ada acah kau kunci cintaku
dalam hatimu tu, naik tangga sebelah kanan tu. Dah malam ni
naik pun takut sebab gelap je.

Cliff Cafe, 2 tingkat. Tingkat taas makanan,
tingkat bawah minuman.

Masa aku sampai dorang dah ready nak tutup kedai dah.

Tapi still ada la kedai yang bukak.

Kalau time siang dorang ada buat sesi amik gambar
dengan burung kakak tua and ular kat kawasan ni.

Another signboard.

Ni jalan nak turun balik ke train.

Ambik gambar sambil berlari.

Atas ni ada restaurant.
David Brown's nama dia.

View of Penang.

Yaya acah-acah.

Yaya acah-acah lagi.

Pulau Pinang Pulau Mutiara.



Kerusi kat bawah lepas turun train.
Aku suka kerusi tu, sebab tu aku amik gambaq.
Takda motif apa pun.


Aku duduk kat atas ni dalam 30 minit gitu kot, pastu turun and terus balik rumah. Sebelum sampai rumah berenti makan nasi kandaq dulu. Tak Penangite la kalau tak makan nasik kandaq. Haha.

Last but not least. Nasi Kandar for lifeeeee!!!


TQ baca cerita cuti aku.Till next time sumorang 💕.