Isnin, 2 Julai 2018

PULAU PINANG, Teluk Bahang National Park

Assalamualaikum, hai sumorang. Hari tu kakak penah share kan, pasal Taman Negara Teluk Bahang. Untuk kesekian kalinya, kakak pergi lagi. Sebab dah tatau nak ke mana isi masa cuti. Bosan duduk rumah sekali agaknya. So mula la fikir nak pergi mana tapi menjimatkan. Hehe.. So, here we go. Teluk Bahang National Park. Masuk percuma. Sesuai sebagai aktiviti riadah satu keuarga. If siapa-siapa yang plan nak jalan-jalan dekat Penang ni. Jangan lupa tempat ni tau..Yang penting banyak spot untuk dapat gambaq lawa bak hang...(tapi ni bergantung kepada betapa terer nya photographer yang hampa bawak..hahaa)😀








Yang ni part last, kira aktiviti jadi kurang sihat la sebab makan dessert camni.😁

Rabu, 6 Jun 2018

Ipoh - Cameron Highland


Assalamualaikum, hai sumorang. Ingat tak kita dapat cuti panjang semperna Election haritu berikutan dengan penukaran kerajaan baru? Pegi mana ja sumorang? Kakak jenjalan Ipoh-Cameron Highland je. Itu pun buat short trip yang betul-betul short.😅

Hari rabu kan memang cuti, so berpanjanganlah sehingga hari Ahad. Kakak dengan partner memang tak plan pun. At last cakap dekat dia, cuti panjang ni jomla bawak diri. Itu la yang terlepas menuju selatan sikit dari utara tu. Hahaha... Pegi jumaat, balik Sabtu. Sebabnya Isnin kerja, so pegi la sehari ja, janji jalan-jalan kan. Jom kakak share tempat mana kakak #JJCM kat korang.

1. Restoran New Holly Wood
Port wajib breakfast bila sampai Ipoh. Tujuan asal kakak nak makan chu cheong fun kat sini, tapi sebab sampai lambat kan, memang habisla juadahnya. Kakak order Mee Kicap Pedas. Sedap, kakak suka rasa dia. And tambahan ambil apa tah goreng-goreng tu, mcm yong tau fu version goreng. Hehehe.


New Holly Wood signage.

Mee Kicap + goreng2 + kopi ais + teh ais
2. Century Pines Resort
Kalau pergi CH, hotel ni je yang selalu kakak duduk. Dah terbiasa and selesa.😊. Harga pun affordable bagi kakak.





3. Steambot Taman Abang
Another port #jjcm bila dekat CH. Nasi Lemak dia sumpah sedap gila. Patut la menjadi bualan ramai. 5 bintang rasa dia.
Steambot Taman Abang.

Kemas, bersih, selesa.


Nasi Lemak dia memang sedaplah.....

Pavlova, yang ni boleh beli asing. Sedap!!


Check In!😁
4. Breakfast dekat Century Pines Resort.
Salah satu sebab kakak suka hotel ni sebab breakfast dia pun menarik.
                                 
Nasi Lemak lagi. Tapi xboleh challenge Taman Abang.

Roti rentung. Hahaha.
5. Sungai Palas Boh Plantation.






Nak cuba Nasi Lemak cheese cake. Tapi dr semalam asyik nasi lemak ja. Hehehe.
6.The Best Dim Sum in Ipoh.
#jjcm port makan dim sum yang sedap. Seriously cakap memang sedap. Mengikut selera kakak la ye. Tak muak. Char Koay Teow simple tapi mabelessssss.
Dimsum Cafe Greentown, Greentown, 30450 Ipoh

Sampai sini je cerita kakak untuk cuti election. Semoga korang enjoy membaca. Semoga memberi kemudahan jugak untuk korang yang rancang short trip macam ni. TQ for reading 💕

Khamis, 31 Mei 2018

Sabah Negeri di Bawah Bayu.. Last Day. Gaya Streeet, Bangunan Yayasan Sabah, masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Bukit Bendera dan Sugar Bun. (Part IV)

Hari ni dah last day, sedihnya nak tinggalkan Sabah. Banyak tempat tak explore lagi. Tapi in shaa Allah, aku akan datang balik sini. Untuk hari last ni, kitorang tak pegi mana sangat pun. Paginya kami jalan-jalan dekat Gaya street. Shopping sikit untuk kali terakhir. Checkout, pukul 9. Sebab wawa dengan dayah yang dari KL flight dorang tengahari. Tapi sebelum tu kitorang singgah dulu dekat Bangunan Yayasan Sabah untuk rakam memori sikit, minum air kelapa aiskrim dekat dengan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, and sempat  jugak singgah Bukit Benderea untuk tengok view bandar KK sebelum hantar dorang ke airport. Kitorang yang dari penang ni, lepas hantar wawa dengan dayah, mengeras la tunggu dekat tanjung Aru. Konon-konon nak capture sunset. Tapi haritu timing salah agaknya. Sunset turun lindung bukit. Hehe... Jom tengok gambar cuci mata. Eh lupa, aku dengan partner ada beli frozen food untuk bawak balik semenanjung. Ole-ole untuk family. Murahla jugak harganya kalau  frozen ni.😁


Gaya Street
Bangunan Yayasan Sabah
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
Air Kelapa Aiskrim
Pisang Goreng cheese & chocolate
Bukit Bendera

Sugar Bun, sebab dekat Semenanjung takda.

Lobster, scallops & crab.

Kilang Frozen Food


Sunset malu-malu.


Jalan-jalan #sabahokbah dah habis. Jumpa next entry semua.Semoga sedikit sebanyak dapat tolong korang untuk rancang trip ke Sabah.In shaa Allah.Tq for reading.💕

READ :

Sabtu, 19 Mei 2018

RUN THE NIGHT, CONQUER THE CITY

Assalamualaikum. Gigih tau acah runner pergi run sampai KL padahal orang Penang.Haha..
Run nya dah lama, nak bercerita tu ambil masa. Quite busy this two weeks. Kakak share gambar sambil cerita ok.

Kakak and the gangs masuk run ni. Kami 7 orang, 5 orang join, lagi 2 orang ada reason kukuh tak join. Yet still bersatu padu ke KL sesama..😆


Setiap sorang dapat T-shirt, voucher  Brooks & more voucher.



Voucher-voucher yang lain.



The Runners.


The Sponsors

Finally.. kakak masuk run ni, reason kukuh dia adalah this medal. Medal dia cantik!


Sekian cerita Run The Night kakak. Dia ada run untuk siangnya. Cuma kakak tak join.. tatau la still boleh join ke tak.😊.

TQ for reading everyone..till next time..💕

Jumaat, 18 Mei 2018

Sabah... Sapi & Manukan Island ( Part III)




Assalamualaikum, jenuhnya nak habiskan entry Sabah. Sesungguhnya sangat busy. Tataula busy apa sangat. Hehe.. jom kakak share day 3 kami dekat sabah.😊

Hari ke tiga di Sabah, kami buat aktiviti air untuk satu hari. Takda la satu hari penuh, tapi kami start kumpul pukul 8 kat bawah hotel dan habis around pukul 4 petang macam tu.Mostly orang akan amik by package, macam kami ni, kami ambil package 2 pulau. Korang kalau suka laut ambil la yang banyak lagi pulau. Kakak dua ni pun kakak dah penat sangat. Hehe.. Eh lupa nak bagitau kakak stay kat mana masa kat KK ni, kakak share melalui gambar ye semua. Jangan bosan baca cerita kakak tau. Selamat membaca sumorang...😍


Bersih, cantik & murah.


Breakfast dulu



Tanjung Aru Jetty


Group photo wajib.


Sementara nak tunggu naik bot, boleh jalan-jalan dalam ni. Ada small aquarium.


The Jetty.

Jetty Sapi Island


Kitorang ambil package sekali buffet lunch. Sorang RM 120, so dapat table untuk letak barang and dapat lunch dekat sini jugak. Tak yah susah-susah cari makanan and of coz makanan kat sini harga berkali-kali ganda.


Ni kira macam board dekat mall yang bagitau apa ada and kita kat mana la lebih kurang kaedahnya.😁


Gambar beramai-ramai adalah wajib!




Pulau Sapi ni famous sebab batu karang yang cantik.


Konsep Lunch of coz seafood. Nyumsss



Ready untuk ke pulau Manukan pulak...

 Habis takluk Sapi Island, kitorang terus pergi Manukan Pulak. Kalau Sapi cantiknya dengan terumbu karang, Manukan pula cantik dengan kejernihan air yang boleh nampak ikan cantik-cantik. Tapi dekat Sapi Island ni kakak tak turun sangat pun. Dua-dua kakak tak turun sangat sebenarnya. Kakak kan penakut sebenarnya. Tapi kakak enjoy. Sempat je tengok cantiknya laut dekat sini. Kalau korangpergi, jangan lepaskan peluang tau, nanti rugi.😀


Jetty Manukan


Entrance Manukan Island.


Selamat Datang.


Manukan Island


Remnant of World War, yang ni pun dekat manukan Island.


One of Villa yang ada dekat sana. Cantik, harga pun mestila setanding kecantikan.


Kat sini kakak tak ambil gambar sangat pun. Ada tragedi ni kat sini. Kena bawak arus sampai kemana-mana dah. Haha..sumpah taknak dah pergi ke tengah laut. Sebab nak tengok Nemo ja. Hahaha. Tapi best, sangat cantik dua-dua pulau ni. In shaa Allah, kalau ada rezeki kakak nak pergi sini lagi.

Lepas habis aktiviti laut, kami semua siap-siap balik hotel and plan nak pergi Pasar Philipine pula. Nak beli ole-ole sikit untuk bawa balik Semenanjung.


Pasar Philipine.


Yang warna putih and orange tu Amplang. Macam jajan la, rasa sotong. Kakak lagi suka yang warna putih tu compare dengan yang lagi satu. And jangan lupa beli seafood yang kering-kering tau kat sini. Murah!

Dengan adik yang jual dekat sini. Kelakar sangat ha dia.


Lagi dengan owner kedai. Takdala owner sangat, dorang tolong jaga kedai abang dorang. Tapi aku consider dia owner la, adik beradik punya bisnes.

Dah habis shopping sikit, time to dinner, apalagi, makan seafood lagi laaaaaa. Benda wajib bila melawat sabah, jangan lupa makan seafood dorang. Sedap and murah. Tak dapat harga macam tu bila balik Semenanjung.


2nd night makan dekat Mutiara Tomyam.


Harga seafood dekat sini.


Ni menu kakak malam ni. Ada udang galah dengan sotong. Tapi harga dah tak ingat, tapi murah dari kedai malam sebelumnya.


Dah habis makan singgah tempat ni, tapi lupa nama dia. Macam pasar malam yang banyak makanan and ada beca warna warni berlampu.


The view. Tengah tunggu jagung rebus masa ni. Tapi sedapla jagung dia tu walaupun bodo-bodo ja rebus. Hahaha...

Sekian untuk malam ke tiga, esok nak balik dah.. Tak bestnya..Tunggu sambungan hari last ok sumorang.

TQ for reading everyone. Till next time..💕